top of page
Writer's pictureZim Ahmadi

'VIRTUAL CANDY' - Brandon Liew ft. Lyrit [NEW SINGLE]

Updated: Feb 9, 2021

Dengan asas J-pop dan electronica kawaii, Brandon Liew & Lyrit meningkatkan potensi kemasukan fenomena hyperpop ke dalam Malaysia. Segalanya dengan jiwa funk tegar. #BestNewMusic

GENRE: FUTURE FUNK / KAWAII POP / ELECTRO POP / HYPERPOP RELEASE DATE: 4 FEB 2021 Brandon Liew dan Lyrit mempersembahkan bunyi future funk dan pop elektronika untuk hidupkan lagu VIRTUAL CANDY, tetapi rona-rona produksi dan sususannya jelas hyperpop. Lagi-lagi, Lyrit senaraikan pengaruh-pengaruhnya di Spotify yang terdiri daripada artis seperti Kero Kero Bonito dan Shawn Wasabi, membuktikan lagi kenyataan itu. Brandon Liew lebih menyerlah sebagai artis dari khalayak ACG (Anime, Comics & Games) daripada hyperpop itu sendiri. Brandon Liew lebih setara dengan produser seperti Bo En, Spazzkid atau Snail's House. Namun, ada beberapa ciri dalam lagu ini yang membuatkan ia menjadi muqaddimah bagi hyperpop. Hyperpop ialah sebuah genre yang terpengaruh dengan muzik J-Pop, kawaii pop, estetika anime dan pendigitalan dunia Pasca-Internet, di mana sempadan virtual dengan realiti sudah tidak ketara ataupun bermakna. Liriknya pun memang meraikan Internet sebagai sebuah tempat berteduh ("I only feel safe, Jumpin' back into my virtual escape") dan menceritakan tentang kebiasaan orang zaman sekarang berjatuh cinta dengan watak fiksyen mahupun dalam sebuah permainan komputer ("All of my friends, they say I'm going crazy//For an NPC with the cutest sneeze").


Walaupun tidak sekeras atau eksperimental seperti sesetengah artis hyperpop, bunyi glitch-komputer-rosak (perhati sekeliling minit ke-2:18) dijadikan seni dalam melodi, umpama distortion dimasukkan ke dalam muzik rock; bunyi yang asalnya dianggap buruk, berubah menjadi sedap. Di Malaysia, kawaii pop bukanlah disajikan oleh Brandon Liew sahaja. Teringat aku kepada Sugar Shrill, satu kumpulan tanah air yang dulu membuat satu lagu kawaii pop yang aku minat berjudul 'Bleach'. Malah, aku pasti ada ramai lagi artis seperti mereka yang tidak dihebahkan. Tetapi lagu 'VIRTUAL CANDY' adalah satu penghasilan tempatan pertama yang betul-betul tegar mewakili jiwa hyperpop bagi aku.

Tidak boleh disisirkan juga inspirasi French house movement yang merangkumi artis-artis tersohor seperti Daft Punk atau Justice. Cuma dunia yang dijadikan pesta tidak lagi di kelab malam underground, tetapi di ceruk-ceruk Internet, penuh dengan manusia yang menjiwai avatar dalam talian mereka; berkongsi meme post-modern yang digelar shitpost (bayangkan scene Upin-Ipin yang diolah dan dikompreskan berpuluh-puluh kali sampai kualiti dan mesej asalnya hilang. Atau meme Jojo's Bizzare Adventure yang diletakkan dalam konteks yang takde kaitan dengan anime tersebut. Glorious, glorious shitpost. Generasiku tersayang )




Ambik kau, Upin Ipin & JoJo's Bizarre Adventure sekaligus. Siapa tak sayang Internet? (Credit: Monyek)

VIRTUAL CANDY menggemblengkan kecomelan dengan kegilaan - terlalu liar untuk pop arus perdana, terlalu futuristik untuk ranah indie yang masih menyembah format band/folk. Funknya masih buatku meremang dan melekat dalam kepala, meskipun sudah berpuluh kali dimainkan. Brandon Liew dan Lyrit, kedua-duanya adalah produser yang menjanjikan. Perhatian aku semestinya ke arah projek mereka yang seterusnya.

RATING: 5 / 5


Lagu 'VIRTUAL CANDY' juga sebahagian daripada EP yang mempunyai tajuk yang sama! Dengar jangan tak dengar.




Recent Posts

See All

Yorumlar


Post: Blog2_Post
bottom of page